Dimulakan dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM,nama saya Khairun Nisaa Binti Mohamed Salleh dan saya pelajar tahun 3dalam Sarjana Muda Pengajian Sumber Manusia UTMSpace.Tujuan saya menyambung pelajaran saya semula adalah saya ingin menambahkan pengetahuan saya yang sudah sedia ada.Bak sabda Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W,'tuntutlah ilmu sampai ke liang lahad'.Sebelum ini saya adalah pemegang jurusan Diploma Teknologi Maklumat di KPTM Batu Pahat.Jadi sekarang ini saya beralih bidang dari Teknologi Maklumat ke Sumber Asasi Manusia.
Saya mengambil subjek ini Human Resource Information System iaitu ditahun 3 2011/2012,Subjek ini adalah menerangkan tentang aplikasi dan bagaimana penggunaan sistem maklumat dalam konteks sumber manusia.Walaupun teknologi maklumat sekarang sudah maju,tetapi masih ada lagi organisasi yang masih menggunakan sistem fail menggunakan kertas dan merekod data pekerja menggunakan buku rekod biasa.Jadi tugas HRIS(Human Resource Information System) dan penggunaannya perlulah diterangkan dengan terperinci bahawa ianya akan membantu lebih cepat untuk mengakses data pekerja dan lain-lain.
Pada pendapat saya,HRIS memang perlu diadakan bagi setiap organisasi kerana ianya lebih mudah,cepat dan efisyen dalam menngendalikan tugas.Segala maklumat boleh diakses dengan satu jari ataupun dengan satu klik sahaja pada 'mouse',segala data dan maklumat yang diperlukan akan terpampang didepan mata kita.Jadi tidak payahlah kita membazir masa untuk mencari satu-persatu data pekerja.
No comments:
Post a Comment