Monday, 21 November 2011

Kenapa HRIS diperlukan?

Apakah itu Sistem Maklumat?

Sistem maklumat boleh didefinisikan sebagai kumpulan kompinen yang saling berkait diantara satu sama lain yang berperanan untuk mengumpul,memproses,menyimpan dan mengagihkan maklumat.


Kenapa HRIS diperlukan?


1.Kemunculan Ekonomi Global.


Maksudnya disini adalah,import dan eksport memainkan peranan yang utama dalam pertambahan peratusan pada ekonomi Amerika dan ekonomi industri maju di Eropah dan Asia.Globalisasi telah melonjakkan taraf maklumat dimana-mana firma dan organisasi kerana sistem maklumat menyediakan kuasa untuk berkomunikasi serta melakukan analisis yang diperlukan oleh organisasi bagi mengendalikan perdagangan dan pengurusan yang bertaraf global.


Dengan adanya maklumat yang beroperasi secara 24jam,ianya akan menjadikan segala urusan perniagaan berjalan dengan lancar dan cepat.Segala keputusan boleh diketahui tidak sampai esok hari.Untuk memastikan segalanya berkesan,sistem maklumat yang mempunyai maklum balas yang tepat dan cepat adalah diperlukan.


2.Transformasi Ekonomi Industri.


Pengetahuan dan maklumat kian menjadi asas kepada kebanyakkan perkhidmatan-perkhidmatan dan produk-produk terkini.untuk menghasilkan permainan komputer yang merupakan sejenis produk yang berteraskan pengetahuan dan maklumat,ianya memerlukan pembelajaran yang mendalam dan pengetahuan yang luas.


Sesungguhnya,sistem dan teknologi maklumat memainkan peranan yang amat penting didalam negara ekonomi yang berteraskan pengetahuan dan maklumat.Contohnya kita dapat melihat produk-produk yang berasaskan pengetahuan dan perkhidmatan yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi seperti kad kredit,penghantaran barang secara pos laju serta sistem tempahan serata dunia adalah digerakkan berlandaskan teknologi maklumat.

No comments: