1.Rivalry of Competitors Within Its Industry
Persaingan dalam industri sekarang boleh diibaratkan sebagai cendawan yang tumbuh selepas hujan.Apabila satu firma ada kehebatan dalam produknya,maka firma yang lain juga akan mengadakan kehebatan yang lebih lagi.Contoh yang lebih dekat yang kita dapat lihat adalah antara CELCOM dan MAXIS.Berbagai ganjaran yang ditawarkan oleh dua syarikat telekomunikasi ini.Masing-masing mencari keuntungan yang berlipat ganda seperti menawarkan kadar rata panggilan yang murah dan rendah.
2.New Entrants Into An Industry And Its Market
MAS(Malaysia Airline System) merupakan syarikat penerbangan yang sudah lama berpengkalan di Malaysia ini.Sudah menjadi resam adat dan resam dunia dalam perniagaan,pasti akan wujud persaingan atau syarikat penerbangan lain yang menawarkan perkhidmatan dengan harga yang murah.Itulah dia persaingan yang wujud diantara 2 syarikat penerbangan ini.Disini AIRASIA mengutamakan slogan EVERYBODY CAN FLY dimana konsepnya pelanggan boleh pergi sejauhmanapun destinasinya dengan kadar tambang yang murah.
3.Substitute Products That May Capture Market Share
Sekarang ini,bermacam-macam jenis komputer yang dijual dipasaran ibarat pisang goreng panas.Kalau zaman dahulu,sesiapa yang ada komputer dirumahnya,dianggap orang yang mewah.Selepas wujudnya komputer,wujud pula komputer riba yang mana boleh dibawa kemana-mana dan tidak perlu didalam keadaan statik sahaja.Selepas kemunculan komputer riba,I-Pad pula muncul,maknanya keadaan ini silih berganti,ada yang lama dan ada yang baru sebagai pengganti.Ini merupakan cabaran besar bagi organisasi untuk mengatasi keadaan yang sentiasa ada gantinya.
4.Bargaining Power Of Customer.
Perkara ini biasanya akan berlaku apabila sesebuah perniagaan,pelanggan ada kuasa dalam membeli dalam pasaran untuk barangan yang berkualiti tinggi yang dikehendaki oleh pelanggan dan pelanggan tersebut ingin mendapatkan dengan harga yang murah.Maka peniaga lain perlu menurunkan harga barang dengan lebih rendah lagi.
5.Bargaining Power Of Supplier.
Ianya berlaku apabila penawaran dalam sesuatu barangan itu,hanya tertumpu pada satu pembekal sahaja.Pembekal yang lain pula berkehendakkan barang yang sama dan perlu berhubung dengan satu pembekal.
Rujukan:
www.emeraldinsight.com/journals.htm?articleid=1697225&show=abstract
http://jtr.sagepun.com/content/42/2/125.short
http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1002/smj.258/abstract
www.springerlink.com/content/n3057w077731j54v/
http://en.cki.com.cn/Article_en/CJFDTOTAL-YJLL200305004.htm
No comments:
Post a Comment