Monday, 21 November 2011

Competitive Forces

1.Rivalry of Competitors Within Its Industry


Persaingan dalam industri sekarang boleh diibaratkan sebagai cendawan yang tumbuh selepas hujan.Apabila satu firma ada kehebatan dalam produknya,maka firma yang lain juga akan mengadakan kehebatan yang lebih lagi.Contoh yang lebih dekat yang kita dapat lihat adalah antara CELCOM dan MAXIS.Berbagai ganjaran yang ditawarkan oleh dua syarikat telekomunikasi ini.Masing-masing mencari keuntungan yang berlipat ganda seperti menawarkan kadar rata panggilan yang murah dan rendah.


2.New Entrants Into An Industry And Its Market


MAS(Malaysia Airline System) merupakan syarikat penerbangan yang sudah lama berpengkalan di Malaysia ini.Sudah menjadi resam adat dan resam dunia dalam perniagaan,pasti akan wujud persaingan atau syarikat penerbangan lain yang menawarkan perkhidmatan dengan harga yang murah.Itulah dia persaingan yang wujud  diantara 2 syarikat penerbangan ini.Disini AIRASIA mengutamakan slogan EVERYBODY CAN FLY dimana konsepnya pelanggan boleh pergi sejauhmanapun destinasinya dengan kadar tambang yang murah.


3.Substitute Products That May Capture Market Share


Sekarang ini,bermacam-macam jenis komputer yang dijual dipasaran ibarat pisang goreng panas.Kalau zaman dahulu,sesiapa yang ada komputer dirumahnya,dianggap orang yang mewah.Selepas wujudnya komputer,wujud pula komputer riba yang mana boleh dibawa kemana-mana dan tidak perlu didalam  keadaan statik sahaja.Selepas kemunculan komputer riba,I-Pad pula muncul,maknanya keadaan ini silih berganti,ada yang lama dan ada yang baru sebagai pengganti.Ini merupakan cabaran besar bagi organisasi untuk mengatasi keadaan yang sentiasa ada gantinya.


4.Bargaining Power Of Customer.


Perkara ini biasanya akan berlaku apabila sesebuah perniagaan,pelanggan ada kuasa dalam membeli dalam pasaran untuk barangan yang berkualiti tinggi yang dikehendaki oleh pelanggan dan pelanggan tersebut ingin mendapatkan dengan harga yang murah.Maka peniaga lain perlu menurunkan harga barang dengan lebih rendah lagi.


5.Bargaining Power Of Supplier.


Ianya berlaku apabila penawaran dalam sesuatu barangan itu,hanya tertumpu pada satu pembekal sahaja.Pembekal yang lain pula berkehendakkan barang yang sama dan perlu berhubung dengan satu pembekal.


Rujukan:


www.emeraldinsight.com/journals.htm?articleid=1697225&show=abstract
http://jtr.sagepun.com/content/42/2/125.short
http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1002/smj.258/abstract
www.springerlink.com/content/n3057w077731j54v/
http://en.cki.com.cn/Article_en/CJFDTOTAL-YJLL200305004.htm

Kenapa HRIS diperlukan?

Apakah itu Sistem Maklumat?

Sistem maklumat boleh didefinisikan sebagai kumpulan kompinen yang saling berkait diantara satu sama lain yang berperanan untuk mengumpul,memproses,menyimpan dan mengagihkan maklumat.


Kenapa HRIS diperlukan?


1.Kemunculan Ekonomi Global.


Maksudnya disini adalah,import dan eksport memainkan peranan yang utama dalam pertambahan peratusan pada ekonomi Amerika dan ekonomi industri maju di Eropah dan Asia.Globalisasi telah melonjakkan taraf maklumat dimana-mana firma dan organisasi kerana sistem maklumat menyediakan kuasa untuk berkomunikasi serta melakukan analisis yang diperlukan oleh organisasi bagi mengendalikan perdagangan dan pengurusan yang bertaraf global.


Dengan adanya maklumat yang beroperasi secara 24jam,ianya akan menjadikan segala urusan perniagaan berjalan dengan lancar dan cepat.Segala keputusan boleh diketahui tidak sampai esok hari.Untuk memastikan segalanya berkesan,sistem maklumat yang mempunyai maklum balas yang tepat dan cepat adalah diperlukan.


2.Transformasi Ekonomi Industri.


Pengetahuan dan maklumat kian menjadi asas kepada kebanyakkan perkhidmatan-perkhidmatan dan produk-produk terkini.untuk menghasilkan permainan komputer yang merupakan sejenis produk yang berteraskan pengetahuan dan maklumat,ianya memerlukan pembelajaran yang mendalam dan pengetahuan yang luas.


Sesungguhnya,sistem dan teknologi maklumat memainkan peranan yang amat penting didalam negara ekonomi yang berteraskan pengetahuan dan maklumat.Contohnya kita dapat melihat produk-produk yang berasaskan pengetahuan dan perkhidmatan yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi seperti kad kredit,penghantaran barang secara pos laju serta sistem tempahan serata dunia adalah digerakkan berlandaskan teknologi maklumat.

Sunday, 20 November 2011

Pengenalan HRIS

The Web & Key Trends Changing Human Resources.

 Dalam organisasi,kerani memainkan peranan yang penting dalam pengurusan data.Biasanya kerani akan menyimpan,menyusun dan mengemaskini data seperti data pekerja,gaji dan lain-lain.Kesemuanya ini memerlukan penggunaan kertas dengan banyak dan membuang masa untuk mencari semula data yang telah lama disimpan.Dengan perubahan dalam HRIS ,semuanya boleh berada di hujung jari dengan satu klik sahaja,segala data peribadi pekerja dapat diakses atau dicapai dengan mudah.Secara tidak langsung ianya akan menjimatkan masa dan tenaga.

Sebelum ini,organisasi kurang dalam penggunaan komputer kerana kurang pengetahuan mereka dalam menggunakan komputer,tetapi sekarang semua organisasi ada komputer yang boleh digunakan untuk menyimpan,mengemas kini dan mengakses data dengan secara 'online' dimana segala data boleh dikongsikan dengan cawangan organisasi itu sendiri dikawasan lain.

New Technology Transforming HR.

  1. Local to Global-segala urusan HR dapat dijalankan secara meluas dan menyeluruh.
  2. Administration to Global-segala urusan pentadbiran dapat digunakan secara layan diri,cepat&efisyen oleh pengguna.
  3. Internally delivered programs to outsource delivery-maklumat dapat diakses dengan cepat dan boleh dikongsi dengan cawangannya yang lain.
  4. Transactions to Business Information-bukan sahaja urusan perbelanjaan secara online,dalam masa yang sama boleh berniaga secara online dan mengetahui maklumat perniagaan dengan cepat dan tepat
  5. Employee Oriented Plan to Individual Employee-tidak terhad kepada sahaja,tetapi boleh berbincang dan merancang dengan lebih baik.



Pengenalan Diri Saya

Dimulakan dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM,nama saya Khairun Nisaa Binti Mohamed Salleh dan saya pelajar tahun 3dalam  Sarjana Muda Pengajian Sumber Manusia UTMSpace.Tujuan saya menyambung pelajaran saya semula adalah saya ingin menambahkan pengetahuan saya yang sudah sedia ada.Bak sabda Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W,'tuntutlah ilmu sampai ke liang lahad'.Sebelum ini saya adalah pemegang jurusan Diploma Teknologi Maklumat di KPTM Batu Pahat.Jadi sekarang ini saya beralih bidang dari Teknologi Maklumat ke Sumber Asasi Manusia.


Saya mengambil subjek ini Human Resource Information System iaitu ditahun 3 2011/2012,Subjek ini adalah menerangkan tentang aplikasi dan bagaimana penggunaan sistem maklumat dalam konteks sumber manusia.Walaupun teknologi maklumat sekarang sudah maju,tetapi masih ada lagi organisasi yang masih menggunakan sistem fail menggunakan kertas dan merekod data pekerja menggunakan buku rekod biasa.Jadi tugas HRIS(Human Resource Information System) dan penggunaannya perlulah diterangkan dengan terperinci bahawa ianya akan membantu lebih cepat untuk mengakses data pekerja dan lain-lain.


Pada pendapat saya,HRIS memang perlu diadakan bagi setiap organisasi kerana ianya lebih mudah,cepat dan efisyen dalam menngendalikan tugas.Segala maklumat boleh diakses dengan satu jari ataupun dengan satu klik sahaja pada 'mouse',segala data dan maklumat yang diperlukan akan terpampang didepan mata kita.Jadi tidak payahlah kita membazir masa untuk mencari satu-persatu data pekerja.