1.Cost Leadership.
Pihak organisasi perlu bijak dalam menguruskan produk yang kosnya rendah kerana ianya lebih menjimatkan.Apabila kosnya rendah,ianya dapat menolong pembekal dapat menentukan harganya dengan murah.Untuk membeli pula,mereka pun dapat membeli dengan harga yang murah.Disebabkan harga barangan tersebut murah,ianya menjimatkan kos kepada pesaing,contohnya yang boleh diberikan adalah perniagaan secara online.
2.Differentiation Strategy.
Organisasi perlu bezakan produk pesaing,walaupun produknya lebih kurang sama tapi buat satu kelainan untuk membezakannya.Selain itu,organisasi perlu fokus apakah atau khususkan kepada produk yang perlu dibezakan.Contoh yang boleh diberikan adalah buat pelanggan supaya ingin mencari keunikan itu sendiri seperti mengadakan baucer dan menghadiahkan trip perjalanan.
3.Innovation Strategy.
Pihak organisasi perlu menyediakan idea seperti keluarkan produk yang berkualiti tinggi,menyediakan perkhidmatan lepas jualan.Contoh yang boleh diberikan adalah membeli dan menjual barang secara 'online' dimana ianya menjimatkan masa dan mendatangkan keuntungan.
4.Growth Strategy
Organisasi perlu bijak dalam menghasilkan produk dan kembangkan produk secara pasaran globalisasi.Disamping itu,organisasi hendaklah mempelbagaikan produk dan servis,contohnya adalah Hypermarket menjual makanan yang halal untuk orang Islam.
5.Allians Strategy
Wujudkan hubungan dan kerjasama dengan pembekal,pelanggan,pesaing,perunding dan syarikat lain seperti bertukar maklumat tentang produk.Contohnya Wal-Mart dapat menggunakan perkhidmatan penambahan inventori automatik kepada pembekal.
Rujukan:
www.jstor.org/pss/4164753
http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1002/smj.4250100305/abstract
http://jim.sagepub.com/content/26/4/733.short
www.emeraldinsight.com/journals.htm?articleid=1585548&show=
www.tandfonline.com/doi/abs/10.1300/J150V03n01_04